Jumaat, September 03, 2010

Amalan Rasulullah SWT di Akhir Ramadhan

Bismillah...

Menurut beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang memetik penerangan Saiyidatina Aisyah RA katanya: Di antara pengkhususan ibadat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah:

Pertama: Menghidupkan malam iaitu sekurang-kurangnya melaksanakan solat Isya’ dan Subuh secara berjemaah di samping mengamalkan ibadat-ibadat yang lain seperti membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.

Kedua: Bangun bersama ahli keluarga untuk turut membuat pengisian beribadat kepada Allah SWT

Ketiga: Mengikat kain iaitu merujuk kepada amalan Rasulullah SAW tidur berasingan dengan isteri pada 10 malam terakhir untuk memberi tumpuan beribadat kepada Allah SWT.

Keempat : Rasulullah SAW mandi di antara Maghrib dan Isya’ dan berpakaian indah serta berharum-haruman sepanjang 10 malam terakhir itu.

Kelima: Rasululullah SAW melakukan iktikaf di masjid. Beliau memasuki masjid sebelum waktu Maghrib. Beriktikaf bererti berada sesaat atau sepanjang malam di masjid untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pada waktu beriktikaf Rasulullah SAW memutuskan hubungan dengan manusia dan aktiviti lain bagi memenuhi hati bermunajat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.

* Dipetik daripada Teks Khutbah keluaran JAKIM bertarikh 03 September 2010.

0 ulasan:

Catat Ulasan